Sabda Nabi SAW maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Pengertian Talbinah:
Talbinah ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan madu lebah untuk menambah khasiat. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti susu. Ia digunakan sebagai pemakanan kesihatan dan rawatan kepada penyakit.
Bahan-bahan yang terdapat dalam Talbinah:
Talbinah mengandungi bahan-bahan antara lain:
* B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol dalam darah
* Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesiskan kolestrol
* Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah
* Melatonin yang berfungsi menurunkan kolestrol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur,mengubati kanser dan mengubati kemurungan
* Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh
* mineral-mineral yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar
* Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A, C, D, E dan B Complex dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh
Faedah-faedah dan Khasiat Talbinah dalam Hadis Nabi SAW:
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, sama ada berkaitan dengan fizikal dan juga kejiwaan, di antaranya ialah:
1. Menenangkan hati pesakit :
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenagkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh daripada penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh (an-Naqahah). Dalam satu riwayat daripada Imam Ahmad, yang bermaksud: Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadaNya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).
Di dalam satu hadis riwayat Tirmizi katanya:
Maksudnya: Adalah Nabi SAW apabila ahli rumahNya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka. (Riwayat Tirmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Sahih).
2. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (Depression):
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian sediakan roti dari Syaeer (Tharid) lalu dituang Talbinah ke atas Tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir: makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit sebagaimana kamu membersihkan kotoran dari mukanya dengan air. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi di mana Tirmizi berkata hadis ini adalah Sahih).
3. Merawat penyakit-penyakit pada sistem penghadaman:
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah SAW bersabda: yang bermaksud: “Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada di dalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya”. (Riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Az-Zahabi).
Rasullah SAW telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.
4. Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah:
Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolestrol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Selalunya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolestrol untuk menggerakkannya, maka kolestrol akan bertambah. Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolestrol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali dengan kolestrol baik di mana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam darah.
5. Talbinah mengatasi penyakit darah tinggi:
Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi menyeimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.
6. Talbinah dapat menurunkan kadar gula dalam darah:
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemka dalam darah.
7. Mengawal daripada penyakit kanser dan melambatkan penuaan:
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan Oksigen yang bergerak secara bersendirian dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser.
8. Talbinah dapat mengatasi penyakit kesukaran tidur (Insomnia):
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.
9. Talbinah menguatkan sistem ketahanan tubuh:
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna di dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan. Bahan Anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal-mwngawal dinding-dinding sel menentang kuman-kuman yang rosak. Zarah Oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpulan pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah tersebut dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak maka ia boleh melemahkan ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan ingatan. Kandungan vitamin A dan E yang banyak dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut.
10. Menguatkan hafalan dan merangsang memori:
Ia membantu di dalam memperbaharui sel otak yang telah mati dan meransang pertumbuhan sel yang baru dengan cepat.
INFO PRODUK TALBINAH